[ VIDEO ] FASHION SHOW BULAN BINTANG BERTARAF ANTARABANGSA

 

Selepas berjaya meraih gelaran juara dalam Piala Dunia 2022, bintang pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi diiktiraf sebagai Greatest Of All Time (GOAT) atau pemain terbaik sepanjang zaman.

 

Susulan itu, ramai yang mula memanggil Messi dengan gelaran itu kerana peranannya dalam pasukan membawa kepada kemenangan besar.

Tidak kurang juga, gelaran ‘GOAT’ sering digelarkan kepada pemain bintang yang cukup terkenal dari Portugal iaitu Cristiano Ronaldo.

 

Namun, sebagai seorang Muslim semestinya mempunyai tanda tanya mengenai gelaran itu. Kemungkinan terpancul kemusykilan dalam fikiran, adakah boleh untuk guna gelaran itu?

Adakah dibenarkan dalam Islam untuk menyanjung mana-mana individu sehingga memberikan gelaran sedemikian?

Bagi menjawab segala persoalan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah memberikan penjelasan hukum panggil GOAT kepada pemain bola sepak supaya perkara itu tidak mengelirukan mana-mana pihak.