[ VIDEO ] Lelaki Ma-ut Dipercayai Tidur Atas Landasan

May be an image of 4 people, train and grass
May be an image of 8 people, scooter and motorcycle

TUMPAT – Seorang lelaki maut dipercayai diseret kereta api ekspres kira-kira 400 meter dalam kejadian di landasan kereta api di Kampung Palekbang di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika mangsa dikatakan sedang tidur di landasan sebelum dirempuh Kereta Api Ekspres Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat.

Video :

 

Saksi kejadian, Osman Mohd Yussof, 57, berkata, ketika itu dia sedang minum air di kedai makan berdekatan landasan kereta api itu.

Menceritakan situasi berkenaan, Osman berkata, tiba-tiba terdengar hon kereta api yang kuat sebelum berhenti kira-kira 200 meter dari kedai makan itu.

“Saya kemudian berlari ke arah kereta api itu dan bertanyakan pemandu situasi menyebabkan dia memberhentikan kereta api itu,” katanya.

Menurut tukang rumah berkenaan, dia dimaklumkan pemandu bahawa kereta api itu terlanggar seorang lelaki yang sedang tidur di atas landasan.

“Saya kemudian melihat mayat dalam keadaan parah mengakibatkan sebahagian badan hancur dan terdapat percikan darah di besi landasan kereta api,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Bagaimanapun Osman mengakui tidak mengenali lelaki berkenaan kerana bukan dari kampung itu.
Sumber Sinar Harian