Selamba sambung ayat surah Al-Insan tanpa sebarang masalah, ramai yang tidak menyangka rupa-rupanya usahawan Iqbal Zulkefli adalah seorang hafal al-Quran sejak usia 14 tahun.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh usahawan yang berusia 29 tahun itu di laman Instagramnya, dia telah diterjah oleh seorang individu yang memintanya untuk menyambung ayat al-Quran.