[ VIDEO ] Antara Peserta ‘Favourite’, Keadaan Terkini Mas AF2 Jadi Tumpuan -“Ingat Nyonya Mana La Tadi”

(FOTO) Antara Peserta ‘Favourite’, Keadaan Terkini Mas AF2 Jadi Tumpuan -“Ingat Nyonya Mana La Tadi”

Awal tahun 2000 lalu, fenomena program Akademi Fantasia (AF) sememangnya menjadi sebutan dan igauan peminat gara-gara populariti rancangan itu yang ‘top’ dan sering diperkatakan, malah sehingga kini.

Jika anda pengikut rancangan hiburan tersebut, pasti pernah menghabiskan wang ringgit untuk mengundi peserta kegemaran masing-masing untuk terus kekal dalam Akademi Fantasia.

 
Mas AF 2Sumber : Google  

Baru-baru ini, seorang pengguna aplikasi TikTok difahamkan anak kepada bekas ahli AF musim ke-2 iaitu Mas ada memuat naik video yang memperlihatkan keadaan terkini penyanyi itu.

@zilloooooo

Huhu

♬ Material Girl – Madonna

 

Mas atau nama sebenarnya Asma Ghani merupakan peserta program tersebut untuk musim ke-2 dan sememangnya dikenali dengan kemampuannya menyanyikan lagu bergenre rock.

Advertisement
 

Namun, Mas tersingkir sebelum ke peringkat akhir dan nampaknya masih lagi diingati netizen di luar sana.

Mas af2Sumber : Google  
Mas af2Sumber : Google  

Mengimbas sedikit kisah penyanyi ini, Mas pernah mengamuk di balai polis Ampang kerana mengalami tekanan jiwa akibat disaman kerana memandu tanpa lesen.

Gara-gara kerjaya nyanyian yang mula merudum, Mas kehabisan wang sebelum kembali ke Sabah dan menguruskan bisnes satenya di sana selain menyanyi di majlis-majlis kecil.