[ VIDEO ] 2 maut, 8 dikhuatiri hilang dalam tragedi kepala air

Video :

 

2 maut, 8 dikhuatiri hilang dalam tragedi kepala air

KEMAMAN: Dua ditemui maut, manakala lapan lagi dikhuatiri hilang selepas tragedi kepala air melanda kawasan perkelahan di Kampung Air Puteh, di sini, semalam.

Dua mangsa yang maut disahkan seorang wanita berusia lingkungan 40-an dan lelaki berusia 20-an.

Berdasarkan maklumat, mayat wanita terbabit ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari, disusuli penemuan mayat kedua pada jam 5 petang.

Sehingga kini, usaha mengesan lapan lagi yang dikhuatiri hilang sedang dijalankan.

Berdasarkan sumber semua mangsa tragedi kepala air ini berusia antara empat hingga 40 tahun dikatakan membabitkan sebuah keluarga.

Mereka dikatakan memasuki kawasan terbabit untuk berkelah kira-kira jam 5 petang semalam.

Oleh Rosli Ilham
Julai 2, 2023 @ 7:11pm
bhnews@bh.com.my

 

Mangsa lemas adalah ibu dan anak

Kemaman: Dua mangsa yang ditemukan lemas dalam tragedi kepala air di Kampung Air Puteh, di sini, hari ini adalah ibu dan anak lelakinya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa dikenali sebagai Azizah Eiyi, 40, dan anak lelakinya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 tahun.

“Identiti kedua-dua mangsa dikenal pasti selepas pengecaman yang dilakukan keluarga mangsa di Bilik Forensik Hospital Kemaman, malam ini,” katanya.

Mayat Azizah ditemui terapung oleh orang ramai jam 12.45 tengah hari dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer dari tempat kejadian.

Sementara mayat Muhammad Zulqarnain ditemui pada jam 5 petang tersangkut pada dahan pokok kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Disiarkan pada: Julai 2, 2023 @ 9:08pm
Rosli Ilham