[ VIDEO ] Pelajar tingkatan tiga di Kempas bergaduh sebab dibaling pemadam pensel

Video :

 

 

UPDATE TERBARU  KES 28/05/2023:

 
 

Sumber dari mangsa sendiri :

Sebenarnya mereka tak bergaduh sampai bertumbuk pun tetapi mereka (pelajar Melayu) dipukul.

Bulatan dalam gambar tu Pelajar Cina yang mereka gaduh pemadam.

Selepas kes baling pemadam, pelajar Melayu bincang secara baik. 

Tetapi masa balik sekolah tiba-tiba kena serang dengan sekumpulan Cina (3 kereta) dengan besi & cota.

Kejadian sangat pantas, mangsa tak sempat rekod, dorang rush dan lari.

====================

 

Pelajar tingkatan tiga di Kempas bergaduh sebab dibaling pemadam pensel

JOHOR BAHRU – Gara-gara tidak puas hati dibaling pemadam pensel, sekumpulan pelajar tingkatan tiga bergaduh di hadapan sebuah sekolah menengah di kawasan Kempas, di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 3.43 petang itu, pergaduhan yang tercetus itu menyebabkan beberapa pelajar sekolah terbabit mengalami kecederaan luka di kepala serta lebam di bahagian kaki dan tangan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kecederaan yang dialami pelajar itu agak serius dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, di sini.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima laporan bersabit kes beberapa pelajar sekolah telah bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan akibat daripada perselisihan faham dan kejadian berlaku di hadapan sebuah sekolah menengah sekitar kawasan Kempas.

“Siasatan polis mendapati kejadian berlaku berpunca daripada rasa tidak puas hati salah seorang pelajar yang telah dibaling pemadam oleh rakan sekelasnya dua hari sebelum pergaduhan.

“Akibat pergaduhan tersebut, ada beberapa orang pelajar sekolah telah mendapat rawatan di hospital kerana mengalami kecederaan di kepala serta lebam pada kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara telah melakukan beberapa tangkapan di kalangan pelajar terlibat.-KOSMO! ONLINE

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
25 Mei 2023, 10:56 pm