[ VIDEO ] Aniaya Demi Sorok Rahsia Hamil, Netizen Terkedu GF Sebenar Sifatkan Suspek Baik

Menjalin hubungan selama setahun sebelum terlanjur dan hamil 4 bulan, siapa sangka nasib hidup seorang gadis berusia 21 tahun berakhir di tangan teman lelakinya sendiri. Penemuan tubuhnya di kawasan semak kelapa sawit Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor cukup menyayat hati ramai.

Suspek lakukan penganiayaan atas motif mahu menyembunyikan rahsia kehamilan teman wanita

Suspek yang berusia 20 tahun telah ditahan oleh pihak polis dan dipercayai melakukan kegiatan penganiayaan itu seorang diri. Hasil siasatan mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod lampau, ujian air kencing juga menunjukkan hasil negatif.

 
Kredit Foto : BERNAMA

Mungkin sebab keadaan yang memaksa dia jadi macam tu

Dalam pada itu, wujud dakwaan mengatakan suspek sudah mempunyai tunang dan bakal berkahwin. Pun begitu, seorang perempuan muda tampil menafikan tentang berita pertunangan mereka sebelum mendedahkan dirinya adalah teman wanita kepada suspek. Dalam erti kata lain, pemuda ini rupanya menjalin hubungan dengan 2 gadis berlainan.

 

Selain menjelaskan status hubungan mereka, gadis berkenaan turut menyifatkan suspek dikenali sebagai seorang yang sangat baik.

Mungkin dia rasa baik lelaki tu pilih dia berbanding skandal…Bercinta jangan sampai buta

Membaca penjelasan itu cukup mengundang rasa kurang senang netizen. Mana tidaknya, gadis itu dilihat seakan-akan berpihak kepada si pelaku.

 

Kredit : Twitter Joe Antifragile & Buletin FM