[ VIDEO ] 3 Anak Menangis Kelaparan Berpelukan Dengan Ibu Yang Sudah Meninggal

Suami baru pukul isteri hingga maut, mayat mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan dengan bayi dan 2 anaknya

 

“2 anak yang masih kecil berusia 4 dan 2 tahun itu menangis kelaparan memanggil ibu mereka, mereka tidak tahu ibu mereka telah 2 hari meninggal dunia” 

Video :

Satu berita duka dilaporkan seorang wanita ditemui maut berpelukkan dengan bayinya sambil dipeluk oleh 2 anaknya yang masih kecil dalam keadaan menyayat hati.

Mangsa bernama Budiati berusia 31 tahun mempunyai 3 anak, iaitu anak sulung berusia 4 tahun, kedua berusia 2 tahun dan seorang bayi sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila mangsa dikatakan sering dipukul suami barunya.

Suami baru mangsa bernama Mashuri(45) sering memukul isteri dan anak-anaknya kerana cemburu selain suka minum arak.

Pada hari kejadian, suspek meminta telefon pintar mangsa tetapi mangsa enggan memberi menyebabkan timbul rasa syak suspek terhadap mangsa.

Kerana cemburu dan menuduh mangsa ada lelaki lain, suspek memukul mangsa sepuas hatinya sebelum keluar rumah. 

2 hari selepas kejadian, ketua kampung mendengar suara kanak-kanak menangis dari rumah mangsa. Pintu rumah dipecahkan ketua kampung dan melihat mangsa sudah tidak bernyawa sambil memeluk bayinya dan 2 anak yang menangis tadi sedang memeluk ibunya yang dah tak bernyawa.

Kedua-dua kanak-kanak ini tidak mengetahui kalau ibu mereka sudah 2 hari meninggal dunia. Jadi dua anak ini hanya makan apa saja yang ada dalam peti ais hingga makanan habis. Kerana kelaparan mereka menangis memanggil ibu mereka. 

Suspek yang baru tahu jika isterinya telah meninggal dunia, berpura-pura cemas dan meminta tolong untuk selamatkan isteri dan bayinya. Bayi tersebut dalam keadaan kritikal dan mungkin tidak dapat diselamatkan.

Bapa mangsa bernama Gunadi berusia 61 tahun menyatakan beberapa hari sebelum kejadian, Gunadi pernah ke rumah mangsa hendak memberi wang kepada cucu-cucunya. Gunadi melihat anaknya memegang perut sambil melirik mata ke arah suaminya dalam keadaan kesakitan akibat dipukul.

Gunadi mengakui, sejak dari awal lagi Gunadi memang tidak pernah restu anaknya menikah dengan suspek kerana perwatakkan suspek yang kasar selain merampas isteri orang.

Menurut bapa mangsa, mangsa sudah mempunyai suami ketika itu yang sedang bekerja di Jakarta. Sejak kenal dengan suspek, mangsa sering mendesak suaminya untuk diceraikan supaya mangsa dapat menikah dengan suspek.

Mangsa turut memberitahu suaminya ketika itu bahawa mangsa sudah hamil anak suspek dan mahu diceraikan. Sebaik saja mendapat surat perceraian, mangsa dan suspek menikah dengan cara yang tidak sah di sisi undang-undang negara. 

Suspek telah ditahan polis dan mengakui kesemua tindakannya hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia